Global HF (Ionospheric Map)

Monday, November 15, 2010

Adakah kita sedar...

Salam.

Saya memilih ilmu HAM ini kerana ia unik. Bukan setakat dengan bercakap atau mengetuk key, banyak lagi ilmunya yang ada kesinambungan terutama dalam bidang meteor atau geomo.

Masa sekolah saya ingin menjadi seorang geomoformologi dan apa2 yang berkaitan dengan geografi. Tapi apa kan daya, keluarga tak mampu nak menyara saya sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Saya syukur kerana ibu saya telah banyak memberi kelonggaran untuk saya membuat eksplorasi tanpa sekatan. Mak yang terbaik...





Kita banyak melihat dan mendengar perkara berkaitan bencana ini. Kita alert tentang gempa, letusan gunung berapi, tsunami, taufan, banjir dan sebagainya tetapi adakah kita tahu bahawa kita juga terdedah kepada bahaya ribut matahari atau solar storm?

Dengan ilmu HAM ini rupanya kita amat hampir dengan data ini. Kenapa harus kita bazirkan? NASA dengan laman web NOAA nya telah memberikan data terkini hari demi hari dan seharusnya kita gunakan sebagai rujukan.

Impak ribut matahari ini sebagai asas mudahnya memberi kesan kepada peralatan terutama yang mempunyai gelombang magnet. Lapisan kerak bumi kita ini telah memainkan peranannya sebagai lapisan penghalang magnet semulajadi yang cukup baik.

Seharusnya kita sebagai HAM sudah ada asas dalam bidang ini secara langsung atau tidak. Saya ingin mengajak anda semua, mari kita setapak lagi dalam HAM ke bidang Meteorologi nih. Kita gunakan data yang sebaik mungkin untuk dimaklumkan atau dibincangkan. Kemudian rasanya selepas itu bolehlah kita implimentasikan dengan peralatan kita. Tak gitu?

Apa projek 2011? Rasanya inilah salah satunya. Jadi...tunggu nanti.

72 de...9w2di

1 comment:

CK said...

Superb Bang Din! Very impressive article. Saya teruja membaca topik ini. In bermakna ham radio juga boleh menjadi saintis yang pandai menggunakan data matereologi yang jarang-jarang diambil peduli oleh orang awam. Teruskan projek sains geomorfologi anda itu. Kami menyokong dari belakang dengan penuh minat.