Global HF (Ionospheric Map)


Friday, November 19, 2010

Udang undang SKMM, Persatuan atau Sendiri?

Salam,

Keliru dengan undang undang dalam HAM nih. Mana nak ikut? Ada yang kata macam nih ada yang kata macam tu. Sejak 10 tahun dalam HAM nih bagi saya mudah ja..kita ikut undang undang SKMM. Dia kata tak boleh, maka tak bolehlah dan kalau boleh jangan lah menidakkannya.

Pernah anda lihat dibelakang AA (Syarat2 Standard Penguntukan Radas)

No 12. Seseorang yang menggunakan atau mengendalikan suatu radas hendaklah menerima dengan keutamaan MUTLAK panggilan distress atau utusan tanpa mengira puncanya dan membalas atau mengambil tindakan serta merta berkenaan dengan panggilan atau utusan itu tanpa kelengahan yang tidak sepatutnya, memancar semula panggilan atau utusan itu kepada PIHAK BERKUASA yang berkenaan.

Baca sekali tak berapa nak paham. 2 kali baru paham. Hmmm..sememangnya band dan frekuensi amatur radio bukkanlah hak milik HAM. Ia juga boleh digunakan oleh PIHAK BERKUASA sekiranya perlu dalam keadaan distress atau kecemasan. Bermaksud tanpa kelengahan iaitu tidaklah bertanyakan kembali "apa callsign anda?" dan SOP serta perkara berkaitan HAM.

SKMM telah menetapkan perkara ini. Mengapa ada segelintir HAM masih kurang pahan tentang perkara ini. Sepatutnya perkara ini harus dipraktikkan langsung semasa kecemasan. Jadi, undang2 apa yang kita pakai?

Keadaaan yang seterusnya.

Seorang yang BUKAN HAM mendapati rakan HAM sedang tenat atau pengsan tak sedar diri. Pada masa itu beliau terpandang radio di tangan HAM atau di mobile. Beliau terus menggunakan radio tersebut. Adakah kita masih nak tanya callsign dan masih nak berSOP SOP nih?

Apa apapun boleh berlaku kalau dalam keadaan kecemasan atau distress. Artikel ini menyentuh "dalam" dan bukan selepas atau sebelum.

Band dan frekuensi Amateur Radio bukan milik mutlak HAM. SKMM telah nyatakan bahwa kita harus memberi ruang sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Jadi, mengapa harus kita " duduk" di band yang bukan diperuntukkan untuk HAM semasa kecemasan? Kenapa harus ada band dan frekuensi yang lain? Sedangkan dalam kecemasan, frekuensi memang boleh digunakan?

Bukan apa. Lidah kita nih dah biasa ngan Q-Code nih. Bila dok tang mana pun dah biasa. Kalau dah dok dalam band yang bukan HAM..apa orang nak kata..."HAM la tu"....jadi lanun...sapa yang nak kena...9w..sapa yang report?...biasa laa....

Betulkah band tu dah digazet? Tak yanh susah susah pikir...SKMM dah bagi lama dah. Ikut ja garis panduan...

Kalau kita ikut apa yang digariskan oleh SKMM kita selamat. Kawan nak kata ka, apa ka..sila rujuk balik SKMM. Tapi kalau undang undang ikut sendiri, pakai undang2 persatuan ka apa ka..susah..sebab 1000 HAM dengan 1000 undang2....100 persatuan dengan 100 undang2..SKMM hanya 1 dan hanya 1 rujukan dan undang2.

72 de..9w2di

4 comments:

9W2MXM said...

Setuju benar dengan pendapat abang. Dalam kecemasan, keselamatan mangsa yang diutamakan dan bukannya SOP atau peraturan. Malahan seseorang itu dibenarkan memecah-masuk premis seseorang demi menyelamatkan mangsa yang terperangkap, sedangkan memecah-masuk adalah satu jenayah dalam keadaan yang lain. Inikan pulak penggunaan radio.
Jadi, janganlah fikiran dan tindakan kita disempitkan dengan SOP dan peraturan. Mengapa saya sebut SOP & peraturan? Sebab SOP & peraturan direka-cipta rakan-rakan HAM untuk kemudahan & kesejahteraan rakan-rakan HAM, sedangkan undang-undang adalah sesuatu yang digubal kerajaan termaktub dan jelas dalam akta. Memang ada peruntukan dalam undang-undang untuk perkara sedemikian. Jadi, jangan kita dikelirukan antara SOP, peraturan & undang-undang.

9W2XAN Amateur Radio Station said...

Setuju amatlah setuju dengan kedua-dua pendapat rakan-rakan, janganlah kita disempitkan oleh keEGOan kita....kemudahan ini biarlah boleh digunakan bersama mengikut garis panduan yang telah tersedia oleh SKMM janganlah kita menokok tambah, YAKNI memperbetulkan apa yang ternyata salah dan membolehkan apa yang ememangnya tak boleh. Radio Amatur nih sekadar HOBI je...sampingan je, UTAMAkan yang mana PENTING dulu. Sekian adanya.

9w2di said...

Terima kasih rakan atas respond,

Artikel ini saya keluarkan kerana beberapa kekeliruan yang timbul dalam dunia HAM nih. Jadi yang paling utama, ikut undang2 SKMM. Selamat. Tak timbul keraguan. Kalau tak tercatat dalam SKMM punya law...jangan dok cakap banyak..jangan komen banyak. Lagipun kita nak mudahkan hobi nih. Tapi kena ingat..jangan terlampau mudah sampai akhirnya kena tindakan nanti.

Banyak sangat undang2 kecik..undang2 besaq..akhirnya orang dah bosan dengan Radio Amatur..bukan kerana apa..kerana udang2 yang wujud tak kena mengena ngan hobi nihh...

FTDX400 said...

Salam...sebenarnya...kita keliru ....dan ada yang tak faham apa itu Akta..apa itu Peraturan & Undang2...dan apa itu Garis Panduan. Jika kita tak faham bende2 ni maka timbulah pelbagai andayan. Dan hari ini ramai yang dok cerita pasal komunikasi kecemasan...namun cuba kita lihat adakah mereka ini mempunyai pengetahuan dan pengalam di bidang komunikasi kecemasan ....