Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, June 8, 2010

Suka lihat 9w2 dibodohkan?

Salam,

Seperti apa yang saya kisahkan dahulu, 9w2 dalam sekitar 1999 kebanyakan di utara bermula dari CB. Sehingga tarikh itu, masih ada yang belum berlesen HAM dan masih lagi membangunkan antenna dan sebagainya. Semangat mereka tidak luntur. Hanya apabila mereka kembali kepadaNya sahaja sebarang pembangunan yang dilakukan terhenti.

Suatu ketika pada tahun 2008 saya terkejut apabila rakan HAM 9w2??? tidak mengenali, linear, dipole, osilator, transistor dan sebagainya terutama barangan HF. Kenapa?

Biarpun dahulu saya bukan HAM dan saya tak tahu CW, ramai rakan saya "LANUN" memberi input ilmu yang banyak berkaitan HF. Walaupun tak banyak, sedikit sudah cukup bagi saya untuk bekalan diri sendiri. Itu pegangan kami semasa itu. Kerana tidak mahu ilmu itu terhenti begitu sahaja.

Saya merenung seketika....dimana ilmu Radio ini banyak diperolehi....memang saya tak nafi..saya dapat banyak di HF. HFlah sumber lubuk ilmu komunikasi yang luas. Benar...apabila saya sudah menjadi HAM dan mendapat callsign...saya sudah "malas". Malas nak buat antenna...malas nak buat linear..dan malas nak ambik tahu pasal powersupply...hmmmm...sebab?...masa itu sudah ada repeater...buat apa nak susah susah naikkan antenna..dengan rubber duck jaaa dah leh sembang.....ini benar....

Akibatnya....saya dah mula tidak produktif seperti dulu...Naik bumbung..naik pokok pelam...hmmm

Kenapa salahkan repeater lak? Tak salah...repeater bagus...cuma pasal saya laa yang saya nak kongsi...jangan jadi macam saya...terus terusan tinggal homebrew dan sebagainya dek mudah berkomunikasi menerusi repeater....

Tajuk artikel ini...sedar atau tidak...dengan HF kita akan dapat banyak ilmu....jadi kalau ada pihak yang tidak mahu 40m diberikan kepada 9w2...pastinya dia tak mahu ilmu itu turun kepada kita..."dia" mahu 9w2 sentiasa dipandang bodoh dan tak tahu apa. Saya pasti...orang seperti ini mempunyai hati yang bukan setakat hobi ini saja busuk..malah dalam realiti dia berkawan pun begitu.

Lemparan dan tuduhan kepada 9w2 ini sudah lama....saya pun pernah kena suatu ketika dulu...lebih teruk lagi kerana kami ni banyak berasal dari kampung dan sebagainya.

Saya tahu..."dia" tahu..ada 9w2 boleh buat radio sendiri. 3.5...7mhz...mudah bagi mereka. "Dia" takut...championnya dia di 40m akan tergugat. Bukan kerana sebab lain.

Saya masih lagi berjuang...berjuang kepada rakan2 9w2???..untuk lebih terdedah kepada HF terutamanya. Dulu kami kena "sound" dulu baru boleh dpt ilmu nih...sekarang nih tak dak dah sound sound nihhh...marilah kita berkongsi.....

Yang masih ego dengan cara lama..biarkan...ingat...bukan "dia" yang akan memajukan kita..semuanya diatas diri kita sendiri.



72..de 9w2di....

5 comments:

9w2SPA said...
This comment has been removed by the author.
9w2SPA said...

Teruskan perjuangan untuk 9W, saya sokong. Ini antara sebab kebelakangan ini saya tak berminat untuk upgrade ke 9M.

9w2di said...

Saya percaya ramai 9w2 tidak tahu yang ada segelintir pihak memandang rendah kemampuan mereka.

Bagi saya semua orang bermula dari 0. Kenapa harus teru terusan memandang rendah kelas B ini. Tak tahu BFO, tak tahu variable capasitor dan sebagainya.

Saya mahu 9w2 ini bangun dari lena dan buaian 2m hingga kini dan menerokai dunia HF yang penuh dengan ilmu HAM.

2m adalah sebahagian. Namun di band lain masih banyak yang perlu diterokai. Ini kerana banyak istilah HAM tidak dipraktikkan di 2m. Sebab itu saya katakan di band lain banyak istilah yang perlu kita terokai.

Buat anda 9w2spa, terima kasih atas sokongan selama ini.Kita disini bukan untuk dipuji. Saya mahu 9w2 adalah 9w2 bertaraf kelas A.

9w2mzl said...

ilmu ham bukan semestinya di hf saje.. tak dinafikan di hf bermulanya segala ilmu.. cuma yang perlu kita kembangkan lagi.. naikkan martabat 9w.. apa kata explore pulak buat repeater 6m, d-star repeater.. saya sedang bangunkan satelit radio amatur dan digital repeater cuma perkembangannya dirahsiakan dulu.. maklumlah 65% manusia ni bersifat negatif.. saya juga sedang mengumpulkan tandatangan rakan ham bagi menyokong pemansuhan ujian cw, setakat ini sambutannya menggalakkan dan jumlahnya juga dirahsiakan.. tunggu saje kejutannya nanti.. kenapa kita nak sekat frekuensi, bukaklah semua frekuensi walau pun untuk kelas b.. kenapa nak malu takut ada ham malaysia tak pandai guna hf dan memalukan negara.. sesungguhnya kegagalan adalah pendidikan terbaik asalkan tak berputus asa.. kalau bukan kerana kegagalan sebanyak 10,000 kali oleh thomas alva edison, hari ini kita masih bergelap! lagi pun frekuensi ini milik Allah! apa kata kita explore pulak sekarang ni microwave band.. jom take the challenge! "it's a kind of fun to do the impossible!" kata walt disney.. salam ikhlas daripada 9m2mus..

Striker said...

Bang, Kalau boleh di infokan saya juga pasal 10m ni, rig dah ada, tapi tak berapa nak reti setting, nak buat antenna.
Boleh sms saya kosong satu tiga sembilan sembilan pat tiga nam lapan dua.
Dapat info dari 9W2OZA.

Regards,
9W2ZHO