Global HF (Ionospheric Map)

Thursday, January 7, 2010

Kenapa QRP?


Pada suatu petang saya tengah membuat CQ di 10 meter. Hampir 6 tahun tidak kedengaran audio beliau. 9m2di atau dikenali sebagi Cikgu Danial.

Signal saya terima 5/9. Apabila ditanya, beliau hanya menghantar dalam 3 watts. Saya berasa amat terkejut. Walaupun hampir 12 tahun dalam bidang radio tapi ini benda yang ajaib bagi saya.

Terasa dengan tercabarnya saya apabila kita dengan 50 watts pada ketika itu..akhirnya saya nekad untuk bermain dan mencuba dalam QRP di 10 meter.

Beliaulah inspirasi saya hingga kini untuk terus dalam QRP mode. Terima kasih CIkgu Danial. Tanpa anda sedar anda telah memberi dorongan kepada saya dalam bidang Radio Amatur ini.

73

p/s : sayangnya akibat terlalu gembira saya tidak mencatat dalam log book. Apa pun ia tetap segar dalam ingatan

No comments: