Salam..
Sindrom ini telah lama "terkena" kepada kebanyakan rakan ham 9w2..terutama yang 9w2??..kenapa?
Antara feedback yang diterima adalah tak tahu nak sembang apa. Saya pun pernah kena dan masih mengalami sindrom ini.
Untuk mengatasinya..saya cuba memujuk diri untuk lebih seronok dengan radio iaitu dengan banyak xplorasi dalam HF. Jadi pengalaman yang lalu saya bawa kepada Amateur terutama dalam 10 meter. Banyak kena sabar juga memandangkan 10 meter nih tak buka lagi propagainya. Jadi topik yang dibawa dari HF nih bolehlah dikongsi dengan rakan di 2 meter terutamanya. So ada laa topik..
Topik teknikal mungkin tak semua orang mahir. Namun kita harus akur bahawa HAM adalah praktikal hobi. Bukan setakat tekan PTT dan cakap saja. Setiap hari haruslah ada eksperimantal yang berlaku. Jadi topik tak boring.
Dulu nih pakcik umoq 60 tahun masih lagi homebrew. Tapi sekarang agak kurang kedengaran berkaitan homebrew ini. Mungkin ramai yang berminat kormersial. Harus diingat, homebrew ini ada kepuasanya tersendiri. Sekurang kurangnya perkongsian boleh kita lakukan dan topik boleh dibawa semasa qso.
Mula tak nak tx..lepas tu dah mula tak nak rx....inilah sindrom yang pernah saya dan rakan rakan alami. Malah rakan2 yang lain sampai sekarang sindrom ini menjadi satu penyakit yang tak boleh diubat. Bukan merajuk...tapi dah tau nak qso atau nak mulakan dimana...
Adakah anda salah seorang darinya?
No comments:
Post a Comment