Global HF (Ionospheric Map)


Saturday, November 21, 2009

Apa gunanya menjadi orang lama...

Nak jadi orang lama memang kena memberi manafaat. Kalau tak jangan dipanggil orang lama. Jika boleh orang lama kena membimbing dalam keadaan sedia ada atau kehadapan.

Fokus saya adalah dlm keadaan sedia ada. Seperti dalam artikel yang lalu banyak saya nyatakan kesedihan saya berkaitan pendedahan 9w2..dalam HF. Terutama sebelah utara nih...

Kenapa cerita yang menarik menarik berkaitan HF ini jarang dan kadang tidak pernah kedengaran langsung dari orang orang lama? Dpt qso 12 watts hingga ke Eropah...qso dari Kuantan ke Pantai Merdeka guna handy...

Semua kisah kisah menarik ini mungkin tidak akan sampai selagi kita tak mulakannya. Saya boleh juga termasuk orang lama dalam 9w2...lain la kalau 9m2..lagi laa lama....

Cuba untuk menarik minat rakan 9w2..untuk berjinak dengan HF....namun keadaan sekarang kurang menggalakkan apabila propagasi tidak menguntungkan....macam mana nak cerita..

HAM selalunya suka kepada BAND yang "ada orang". Kalau sunyi sepi..mana depa mau...

Jadi untuk menjadi orang lama..anda perlu melihat keadaaan...bukan memaksa keadaan...keadaan sekarang seperti yang sedia ada perlu diperkukuhkan....

Kalau ilmu penuh didada..qsl kad bertambun dirumah...tak beri manafaat kepada rakan ..... buat apa anda berbangga menjadi HAM....

Sukar mencari seperti 9m2mz...walalupun tinggi ilmunya..tak pernah kedekut untuk berkongsi....waktu mula memuncak minat rakan 10 meter...pak long lah orang yang banyak membantu..terutama dalam homebrew antenna...

Sekarang ada rakan rakan dah progress...9w2rzl...anda akan sentiasa menjadi inspirasi rakan rakan 9w2..untuk teruskan minat dalam HF terutama 10 meter...yang lain?

Termasuk saya.....masih bertaktih untuk progress dan memberi tahu rakan rakan 9w2..bahawa hf atau 10 meter ini cukup seronok kalau "bersamanya"...

Marilah rakan rakan lamaku...jomlah kita sama sama kongsi dengan rakan rakan yang baru...pengalaman anda bukan boleh direkod dan ditayangkan semula....semua pengalaman anda boleh langsung diudara....

73

1 comment:

mat jaid said...

assalamualaikum abg din...
sy zaid dr kulim,br nk bjinak dlm hobi nih,amik exam xlulus lg,aduyaii...

klu bleh nk mintak tlg ngn otai bg tunjuk ajaq cket...
nti klu de pe2 hal email gravestreet@gmail.com