Global HF (Ionospheric Map)


Sunday, November 15, 2009

Datang ja HAM..terus berenti..terus jual radio

Dalam sekitar tahun 1999. Pada tahun tersebut 100% lulus RAE. Ada orang kata tahun tu tahun nak bgi free. Bagi saya entah betul ke dak. Saya mengambil RAE atas permintaan sifu 9m2dz. Dia kata ada radio amatur. Kena ambik periksa. Mengaji la kami pun..dia yang tolong ajaq...pi periksa...lulusss...

Berbalik kepada tajuk asal. Kawan kawan CB masa tu banyak. lingkungan 60% sahaja yang ambik RAE. Yang lain tak mau pi..alasan..bahasa inggeris. Maklumla..semua soalan dalam BI.

Masih ingat antara panggilan atau gelaran dalam CB...sedaka2, jerai1, BL3, gurunjaya, 75, hujungpadang, 244, alpanine dan banyak lagi yang tak dapat catat kat sini.

Ingatan saya..sebelum RAE sekitar mula tahun 1998 yang rancak dalam jalur. Meriah. Dlm istilah kami "macam burung cak riuhnya".

Namun selepas RAE, masih juga saya ingat pada waktu petang saya membawa rig kenwood vhf (ketul belacan) untuk diceritakan kepada rakan CB. Dari raut wajahnya..memang suram. Ia mengambarkan seolah olah saya akan meninggalkan mereka dari jalur itu. Lalu saya pun bertanya, awat tak pi ambik RAE. Dengan senyum dia kata, kita tak pandai bahasa inggeris.

Selepas itu, kalau saya ke terataknya, saya tidak akan membawa rig lagi.

Masih terngiang dalam telinga beberapa suara yang pernah bersama.

Saya dapat rasakan, kadang kala tak semua rakan boleh ikut kita. Dengan kemampuannya. Tak semua yang mahu berkongsi.

Akibatnya...dari tahun ketahun..jalur itu semakin sepi...tapi sejak akhir2 ini saya ada monitor disana dan banyak orang baru. Orang lama cuma 3 orang yang saya masih kenal.

Jadi...kita semua yang majoriti dalam 9w2 nih....anda dah diberikan tauliah untuk upgrade....terutama di HF...gunakanlah....kami dulu hantar tak boleh lebih 10 watts....band plan...vhf dan uhf jaaa...

Kepada rakan lama saya yang tak pernah mengambil RAE, bagi saya mereka mungkin tidak akan mengambilnya...maklumlaa..orang kerja kampung....

Namun hingga kini kalau ada kelapangan, saya akan pergi melawat mereka..walaupun tiada shack dalam rumah...tapi antenna buyung masih terpacak dengan gagahnya. Dengan antenna ini..dengan kuasa 12watts..kami pernah berqso hingga ke Italy suatu ketika dulu......

1023...yayyaya...ober

No comments: