Global HF (Ionospheric Map)


Friday, November 19, 2010

Udang undang SKMM, Persatuan atau Sendiri?

Salam,

Keliru dengan undang undang dalam HAM nih. Mana nak ikut? Ada yang kata macam nih ada yang kata macam tu. Sejak 10 tahun dalam HAM nih bagi saya mudah ja..kita ikut undang undang SKMM. Dia kata tak boleh, maka tak bolehlah dan kalau boleh jangan lah menidakkannya.

Pernah anda lihat dibelakang AA (Syarat2 Standard Penguntukan Radas)

No 12. Seseorang yang menggunakan atau mengendalikan suatu radas hendaklah menerima dengan keutamaan MUTLAK panggilan distress atau utusan tanpa mengira puncanya dan membalas atau mengambil tindakan serta merta berkenaan dengan panggilan atau utusan itu tanpa kelengahan yang tidak sepatutnya, memancar semula panggilan atau utusan itu kepada PIHAK BERKUASA yang berkenaan.

Baca sekali tak berapa nak paham. 2 kali baru paham. Hmmm..sememangnya band dan frekuensi amatur radio bukkanlah hak milik HAM. Ia juga boleh digunakan oleh PIHAK BERKUASA sekiranya perlu dalam keadaan distress atau kecemasan. Bermaksud tanpa kelengahan iaitu tidaklah bertanyakan kembali "apa callsign anda?" dan SOP serta perkara berkaitan HAM.

SKMM telah menetapkan perkara ini. Mengapa ada segelintir HAM masih kurang pahan tentang perkara ini. Sepatutnya perkara ini harus dipraktikkan langsung semasa kecemasan. Jadi, undang2 apa yang kita pakai?

Keadaaan yang seterusnya.

Seorang yang BUKAN HAM mendapati rakan HAM sedang tenat atau pengsan tak sedar diri. Pada masa itu beliau terpandang radio di tangan HAM atau di mobile. Beliau terus menggunakan radio tersebut. Adakah kita masih nak tanya callsign dan masih nak berSOP SOP nih?

Apa apapun boleh berlaku kalau dalam keadaan kecemasan atau distress. Artikel ini menyentuh "dalam" dan bukan selepas atau sebelum.

Band dan frekuensi Amateur Radio bukan milik mutlak HAM. SKMM telah nyatakan bahwa kita harus memberi ruang sekiranya berlaku sebarang kecemasan. Jadi, mengapa harus kita " duduk" di band yang bukan diperuntukkan untuk HAM semasa kecemasan? Kenapa harus ada band dan frekuensi yang lain? Sedangkan dalam kecemasan, frekuensi memang boleh digunakan?

Bukan apa. Lidah kita nih dah biasa ngan Q-Code nih. Bila dok tang mana pun dah biasa. Kalau dah dok dalam band yang bukan HAM..apa orang nak kata..."HAM la tu"....jadi lanun...sapa yang nak kena...9w..sapa yang report?...biasa laa....

Betulkah band tu dah digazet? Tak yanh susah susah pikir...SKMM dah bagi lama dah. Ikut ja garis panduan...

Kalau kita ikut apa yang digariskan oleh SKMM kita selamat. Kawan nak kata ka, apa ka..sila rujuk balik SKMM. Tapi kalau undang undang ikut sendiri, pakai undang2 persatuan ka apa ka..susah..sebab 1000 HAM dengan 1000 undang2....100 persatuan dengan 100 undang2..SKMM hanya 1 dan hanya 1 rujukan dan undang2.

72 de..9w2di

Monday, November 15, 2010

Adakah kita sedar...

Salam.

Saya memilih ilmu HAM ini kerana ia unik. Bukan setakat dengan bercakap atau mengetuk key, banyak lagi ilmunya yang ada kesinambungan terutama dalam bidang meteor atau geomo.

Masa sekolah saya ingin menjadi seorang geomoformologi dan apa2 yang berkaitan dengan geografi. Tapi apa kan daya, keluarga tak mampu nak menyara saya sambung ke peringkat yang lebih tinggi. Saya syukur kerana ibu saya telah banyak memberi kelonggaran untuk saya membuat eksplorasi tanpa sekatan. Mak yang terbaik...





Kita banyak melihat dan mendengar perkara berkaitan bencana ini. Kita alert tentang gempa, letusan gunung berapi, tsunami, taufan, banjir dan sebagainya tetapi adakah kita tahu bahawa kita juga terdedah kepada bahaya ribut matahari atau solar storm?

Dengan ilmu HAM ini rupanya kita amat hampir dengan data ini. Kenapa harus kita bazirkan? NASA dengan laman web NOAA nya telah memberikan data terkini hari demi hari dan seharusnya kita gunakan sebagai rujukan.

Impak ribut matahari ini sebagai asas mudahnya memberi kesan kepada peralatan terutama yang mempunyai gelombang magnet. Lapisan kerak bumi kita ini telah memainkan peranannya sebagai lapisan penghalang magnet semulajadi yang cukup baik.

Seharusnya kita sebagai HAM sudah ada asas dalam bidang ini secara langsung atau tidak. Saya ingin mengajak anda semua, mari kita setapak lagi dalam HAM ke bidang Meteorologi nih. Kita gunakan data yang sebaik mungkin untuk dimaklumkan atau dibincangkan. Kemudian rasanya selepas itu bolehlah kita implimentasikan dengan peralatan kita. Tak gitu?

Apa projek 2011? Rasanya inilah salah satunya. Jadi...tunggu nanti.

72 de...9w2di