Salam...entahlah..nak kata tak pandai mengaji sampai ke luar negara. Kalau kata bodoh sat gi kena ingat Allah sebab hanya Dia saja yang boleh hukum hambanya. Nak kata budak budak dah tua bangka.
"Haa..jangan lambung kain nanti rimau masuk kampung". Orang tua tua suka pesan tu. Last last budak budak kecik dah jadi takut. Benda kecik jaa..takut kain kotor..sampai takut langsung..takut hantu..takut macam macam.
Orang tua tua punya gempaq nih kadang bagus dan kadang boleh membawa kepada perkara khurafat. Kata orang utara "gempaq".
Nih kisah gempaq apa akan jadi kalau 9w2 leh bekerja kat 40m. Katanya akan jadi huru hara. Haa...pulak dah.
Nak hura hara apanya. Bagi saya orang yang berkata macam tu memandang bertapa lekehnya 9w2 yang kurang ilmu, yang bodoh, yang malas ini akan menjadikan 40m sebagai tempat tak dak kualiti.
Come on laaaa....dengar sini saya nak habaq. Kat Kedah..tak yah pi tang lain naaaaa...ada beberapa SWL sini boleh buat transmitter 3.5mhz sendiri. 9w2 sini berlambak boleh buat transmitter termasuk di 40m. Dah buat ka? Ada...cuma nak transmit jaa tak berani..mana boleh..nanti kena tangkap.
Saya tau pasai apa. Pasai 9w2 tak leh CW jaaa...bangang nihhh...Dalam cw ada cerita kaa pasal diagram, balun, antenna dsb. Yang tau signal report. Bagi contoh sat ragchew cw sampai 2 jam. Nak dgr.
Pasal tak yah pi CW......ok. Saya menyokong 9m2au. Salah satu sebab kena bagi...di 40m agak kurang station dari Malaysia. Memang betul. Monopoli dari rakan jiran.
Wahh lepas nihhh kita leh laa monopoli.....mana ada..."depa" lagi kuat. Kita pun tahu apa. Lagi pun buat apa nak lawan2 nihhh..
Persepsi "akan teruk kalau 40m bagi kat 9w2", bagi saya satu pendapat orang asli yang takut orang Melayu buat bangunan tengah hutan.
British pernah kata ka "Malaysia kalau bagi kat orang Melayu akan lingkup", "jangan kata kami (British) tak bagitau....nasi nasi dah jadi bubur".
Takut dengan bangsa sendiri bermakna takut dengan bayang bayang sendiri. Saya yakin dan percaya kepada bangsa saya. Bangsa kita ada Agama. Sebab itu saya yakin. Hidayah akan sampai..cuma tak tahu jaa bila. Tak yakin? Bermakna anda tak yakin dengan agama..tak yakin dengan agama bermakna kita tak yakin dengan Allah.
Kalau takut....sembahyang hajat, baca quran banyak2, minta doa...bukannya terus terusan mengutuk. Lagi tambah dosa. Anak, menantu memang bukan 9w2...ingat...anda akan ada cucu, cicit.......mereka akan kemana?
Jangan takabbur....bak kata depa "Allah dah bayar cash la niee"
72 ..de 9w2di
4 comments:
Bang, kalau ikutkan class A pun ditambah atau dilebarkan jalur yang ada terutama bahagian Super High Frequency walaupun ada juga dikurang dibahagian band tertentu. Itupun demi keperluan kegunaan jalur kat negara kita yang makin berkembang.
Takkan setakat ditambah 1 band kat 40M pun tak boleh atau jadi isu. Itulah orang kita, belum apa-apa dah komen yang negatif. Yang positif tak nak pulak ditonjolkan. Belum apa-apa dah kena cantas, macamana nak menghasilkan buah yang baik. Entah-entah belum pun berbuah dah mampus...
Saya sokong pendirian abang, inilah masalah orang kita masih otak ke belakang, tak nak terima perubahan, takut itu, takut ini. Kita sepatutnya kena sentiasa positif dan optimis, belum cuba belum tau. Kalau diikutkan hati, saya geram nak ambik Kelas A sebab apa yang nak saya nyatakan cukup senang iaitu untuk dapat Kelas A, hanya duduk CW, tetapi kalau ilmu tak cukup, tak bersedia untuk menerima perubahan dan belajar dan belajar, tak perlu ada kelas apa-apa duk dalam hutan sorang-sorang habis cerita. Saya tahu abang juga orang lama dalam radio, kalau nak difikirkan logik dah lama abang boleh ambik Kelas A, tetapi setelah saya baca blog ini, saya faham dan tahu sebabnya. Minta maaf jika ayat saya agak kasar atau boleh menyinggung sesiapa. Terima kasih.
Apa pun orang kata... saya tetap berpendirian tidak berbelah bagi... Saya sokong 100% Draf SKMM membenarkan Lesen Kelas B diperuntukan freq tambahan 40M ( 7.00 - 7.20MHZ)...
http://9w2sbd.blogspot.com/2010/05/saya-sokong-100.html
Benar juga kata orang...bangsa sendiri yang akan menjatuhkan bangsanya. Apa nak takut. kalau dia ditempat kita, dia juga pasti akan sokong. Sedih sekali sebab masih ada makhluk macam nih.
Tak suka tgk orang senang dan suka. Kepada anda semua, setiap coretan saya adalah mengenai apa yang saya lalui. Saya nak membangun bersama sama 9w2 dalam dia HAM yang mencabar ni.
Kepada 9w2 yang mungkin tak kisah dan sebagainya..marilah kita berdoa agar hidayah HF akan masuk kedalam jiwa mereka.
Post a Comment