9w2di dan 9w2mw adalah rakan sepejabat dengan 9m2dz. Tapi 9w2mw adalah adik angkat kepada 9m2dz. Mohd ridzuan (mualaf). Nama cina dia lupa lak aku. Kami tinggal serumah di Sungai Petani. Susah senang kami bersama. Beliau seorang yang cukup kuat makan..heheh..hatinya baik..dan sifat manjanya tu masih aku ingat hingga kini.
Aku dan wan (9w2mw) selalunya akan berborak dan berinteraksi dalam bahasa inggeris. Bukan apa, ini bertujuan untuk kerja kerja kami yang selalunya melibatkan bahasa tersebut. Tak la selalu. Kadang kadang tu nak cakap..kami cakaplah.
Wan dan aku ambik periksa sekali. Sama ngan Taha 9w2ti (tak pernah keudara). Jadi sebelum kami ambik RAE..kami beli radio dulu. Untuk praktis ..kami selalu pi frekuensi yang orang tak guna..tak jauh laa..kadang dari kedai ke rumah sewa 9m2dz..dalam 50m....apa kami cakap?
Kami selalu tiru macam dalam HF yang selalu kami dok dgr 9m2dz cakap. CQ DX CQ DX..dan..terus terusan dalam bahasa inggeris..
Aku seronok dan wan pun seronok.."wahhh...wan..kita boleh praktik cakap bahasa inggeris dalam HAM nanti"....
Kami lulus..aku pun teruja nihhh..nak praktik apa yang aku praktik di CB dan apa yang kami nak praktik di repeater...
Repeater yang kami selalu guna ini adalah milik persatuan yang meletakkan nama Melayu sebagai asasnya. Ok...repeater Melayu la kut...
Aku pun tak tahu yang ada persatuan nihh..tapi apa yang 9m2dz bagitau ..ada persatuan yang iktiraf kat Malaysia ..Marts..okk..mana aku nak masuk?
Ada kisah aku masuk Astra...nanti akan dikongsi...
Satu hari ..aku dan wan berQSO direpeater..masa tu aku tinggal di kampung (Teroi)...wan di SP..aku dan dia berborak dalam bahasa inggeris..satu soraaa sudah mariiii "sila berkomunikasi dalam bahasa melayu...ini bukan repeater orang putih..ini repeater orang melayu"...tersentak aku....hampir seminggu aku tak sembang dalam repeater..
Aduhhh...kenapa begini? Ini kisah hampir 10 tahun lalu..aku harap kini ia tidak lagi berlaku...
Sekarang kebanyakan 9w2 tak nak ke HF dgn alasan ..tak tahu BI...aku BI SPM fail...mana pandai..hentam kromo jaaa..tapi nak juga cakap..ada pulak yang paku kot belakang..sabar jaa laa...
Itu kisah dulu..sekarang bukakan minda kita...apakah cara QSO di HF..mudah jaaa..dah berlambak rakan2 HAM upload video...jom kita kongsi kat situ...
Bagi rakan yang menegur kami dulu....aku persilakan beliau masuk ke 10m...jomlaaa tegur kami kat sana...kat sana ramai cakap Bahasa Inggeris...10m band Melayu ka?
72...9w2di
5 comments:
Wahaha panas..panas...
saya sokong!!!
sebenarnya bagus kita belajar bercakap bahasa inggeris dan mempractice kannya masa qso,nanti mat salleh tanya jalan dok lar "u jalan straight don,t belok-belok"hehehe
Very nice blog and articles. Really respect you Mr. Sharudin. One very very passionate HAM!
Come on... We know that English is use all over the globe. Would you use Malays to QSO with Aussies or Thailander or any foreigner that can access our repeaters??? If they can speak in Malay is okey. But if they are cannot, are we going to chase them away??? As an operator with true amateur radio (HAM) spirit I'm not going to do that... By the way, we also have foreigner that stay here in our country that also a radio amateur radio operator.
Bear in mind that this is a hobby internationally and not locally.
Kita pun selalu gak 'monitor' kebanyakan repeater tu 'kosong' aje. Apa salahnya digunakan walaupun dalam bahasa Inggeris. Bukan jadi satu kesalahan pun.
Tak tahu, belajar. Jangan jadi bodoh sombong - bodoh tak boleh diajar & pandai tak boleh diikut.
emm biasanya yang dok tegur tu tak paham tapi tak sudi nak belajar..apa salahnya guna bahasa lain..memang betul ni hobi antarabangsa so language is not a barrier..bahasa bukan sempadan untuk sesapa saja nak qso..jadi lagi banyak bahasa kita tau..lagi ramai contact kita boleh dapat..naseb baik kat repeater tu xde yang qso dalam bahasa tamil atau mandarin..dalam SOP ada ke kena qso dalam bahasa melayu je??..hehehe
Hi Friends...me too have a bad experienced in 1998 i was on the way back to North. No one was using that repeater...at that time when i gave a call one of my friend in Penang reply to my call he can't speak fluet Malay so all the way we have our QSO in English after about 20Mins...when we gave pause during our overs one guy shounted saying " Hoii Tak tahu cakap Bahasa Melayu ka...? I was shock this is the first time peoples saying this words on the repeater...immediately after that I say sorry to my friend in Penang I told him I have reached my destination i got to go QRT...thats the END of it. Since than i never come on that repeater anymore. I was SWL for more than 11 years and i got my ticket for more than 20 years our voice have been heard in most part of the World. I have spoken to one indonesian. He can speak English,Japanese, Franch, Chinese, German, Spanish and etc. I ask him where does he learn those language he told me through Amateur Radio...In the late 90s 9M2ZA (zAINAL), 9M2NZ, 9M2FK USED TO LEARN THAI LANGUAGE on 40M band until THEY can speak that language... I am not very good in English but i used Radio Amateur to improve my english. Lets enjoy the Hobby and leave them alone.
Post a Comment