Global HF (Ionospheric Map)


Sunday, May 30, 2010

2m QRP USB with 9w2icq



1st trial with Zam 9w2icq QRP.Good signal even 0.3 watts with FT817ND.

Best regards to him...

72...9w2di

Saturday, May 15, 2010

Mari QRP di 40 meter lak!!!

Terima kasih kepada Rizal operate 9m4sjz di Putra Jaya. Percubaan qrp di 40m berjaya akhirnya atas permintaan pak long 9m2mz..heheh...sekali lagi..inilah kelebihan band 40m..kepada semua ..jom sokong draf MCMC

Wednesday, May 12, 2010

Statement yang bangang

Salam...entahlah..nak kata tak pandai mengaji sampai ke luar negara. Kalau kata bodoh sat gi kena ingat Allah sebab hanya Dia saja yang boleh hukum hambanya. Nak kata budak budak dah tua bangka.

"Haa..jangan lambung kain nanti rimau masuk kampung". Orang tua tua suka pesan tu. Last last budak budak kecik dah jadi takut. Benda kecik jaa..takut kain kotor..sampai takut langsung..takut hantu..takut macam macam.
Orang tua tua punya gempaq nih kadang bagus dan kadang boleh membawa kepada perkara khurafat. Kata orang utara "gempaq".
Nih kisah gempaq apa akan jadi kalau 9w2 leh bekerja kat 40m. Katanya akan jadi huru hara. Haa...pulak dah.

Nak hura hara apanya. Bagi saya orang yang berkata macam tu memandang bertapa lekehnya 9w2 yang kurang ilmu, yang bodoh, yang malas ini akan menjadikan 40m sebagai tempat tak dak kualiti.

Come on laaaa....dengar sini saya nak habaq. Kat Kedah..tak yah pi tang lain naaaaa...ada beberapa SWL sini boleh buat transmitter 3.5mhz sendiri. 9w2 sini berlambak boleh buat transmitter termasuk di 40m. Dah buat ka? Ada...cuma nak transmit jaa tak berani..mana boleh..nanti kena tangkap.

Saya tau pasai apa. Pasai 9w2 tak leh CW jaaa...bangang nihhh...Dalam cw ada cerita kaa pasal diagram, balun, antenna dsb. Yang tau signal report. Bagi contoh sat ragchew cw sampai 2 jam. Nak dgr.

Pasal tak yah pi CW......ok. Saya menyokong 9m2au. Salah satu sebab kena bagi...di 40m agak kurang station dari Malaysia. Memang betul. Monopoli dari rakan jiran.

Wahh lepas nihhh kita leh laa monopoli.....mana ada..."depa" lagi kuat. Kita pun tahu apa. Lagi pun buat apa nak lawan2 nihhh..

Persepsi "akan teruk kalau 40m bagi kat 9w2", bagi saya satu pendapat orang asli yang takut orang Melayu buat bangunan tengah hutan.

British pernah kata ka "Malaysia kalau bagi kat orang Melayu akan lingkup", "jangan kata kami (British) tak bagitau....nasi nasi dah jadi bubur".

Takut dengan bangsa sendiri bermakna takut dengan bayang bayang sendiri. Saya yakin dan percaya kepada bangsa saya. Bangsa kita ada Agama. Sebab itu saya yakin. Hidayah akan sampai..cuma tak tahu jaa bila. Tak yakin? Bermakna anda tak yakin dengan agama..tak yakin dengan agama bermakna kita tak yakin dengan Allah.

Kalau takut....sembahyang hajat, baca quran banyak2, minta doa...bukannya terus terusan mengutuk. Lagi tambah dosa. Anak, menantu memang bukan 9w2...ingat...anda akan ada cucu, cicit.......mereka akan kemana?

Jangan takabbur....bak kata depa "Allah dah bayar cash la niee"

72 ..de 9w2di

Tuesday, May 11, 2010

Cara is borang maklum balas






















Terima kasih kepada 9w2sbd atas contoh borang ini. Kempen ini akan berjaya sekiranya semua memainkan peranan dalam usaha memberi sokongan kepada MCMC.

Kalau nak download fail dalam word klik SINI

Monday, May 10, 2010

9w2di di 40m?

Sebenarnya ini semasa saya berada di tapak Malaysia Rover Moot 2010 di Pantai Merdeka.

Ada yang tanya, kalau MCMC buka 40 m..macam mana audio dia...

Video ini yang saya nak kongsikan bersama. QSO ini panjang..tapi saya terpaksa singkatkan kerana youtube hanya terima 10minit jaa video....

Mari kita kongsi dan tanam minat dalam HF 40m nihhh..jadi jangan tunggu lagiii...hantar borang sokongan ke MCMC sekarang


Friday, May 7, 2010

9w2 dah boleh guna 40meter?





Lepas membaca Yasin pada malam Jumaat yang indah ini aku telah mendapat sms daripada 9m2get. "9w2 dah boleh guna 40m"..hmmm...mula ingat apa ..aku rasa lain mcam..terus call dia...


Begini...SKMM telah mengeluarkan DRAF berkaitan spektrum terbaru terutama untuk Amateur Radio. Jadi SKMM juga mahu pandangan dari kita berkaitan spektrum terbaru nih...wahhhhh..bagus...


Inilah namanya interaktif.


Bagi aku 100% sokong. Tak yah pikir panjang lagi. Mana yang dah ada HF memang dah sedia. Baik amatur mahupun SWL.


Apa peranan anda?....Hantar borang yang diberi....bagi sokongan sepenuhnya. Saya dan rakan rakan yang lain di Utara sekarang sudah memulakan kerja kerja mengedar borang.


Sila layari :


1. Surat makluman (BM)


2. Cerita bab buka band (mukasurat 266)


3. Borang maklum balas


Borang dalam format PDF.
Itu jaa..kami dah sepakat nak kumpul borang ramai2 dan hantar terus ke SKMM Cyber Jaya.....


Alhamdulillah....kita akan maju setapak lagiii...


72..9w2di

Sunday, May 2, 2010

No English in repeater pleaseee!!

9w2di dan 9w2mw adalah rakan sepejabat dengan 9m2dz. Tapi 9w2mw adalah adik angkat kepada 9m2dz. Mohd ridzuan (mualaf). Nama cina dia lupa lak aku. Kami tinggal serumah di Sungai Petani. Susah senang kami bersama. Beliau seorang yang cukup kuat makan..heheh..hatinya baik..dan sifat manjanya tu masih aku ingat hingga kini.

Aku dan wan (9w2mw) selalunya akan berborak dan berinteraksi dalam bahasa inggeris. Bukan apa, ini bertujuan untuk kerja kerja kami yang selalunya melibatkan bahasa tersebut. Tak la selalu. Kadang kadang tu nak cakap..kami cakaplah.

Wan dan aku ambik periksa sekali. Sama ngan Taha 9w2ti (tak pernah keudara). Jadi sebelum kami ambik RAE..kami beli radio dulu. Untuk praktis ..kami selalu pi frekuensi yang orang tak guna..tak jauh laa..kadang dari kedai ke rumah sewa 9m2dz..dalam 50m....apa kami cakap?

Kami selalu tiru macam dalam HF yang selalu kami dok dgr 9m2dz cakap. CQ DX CQ DX..dan..terus terusan dalam bahasa inggeris..

Aku seronok dan wan pun seronok.."wahhh...wan..kita boleh praktik cakap bahasa inggeris dalam HAM nanti"....

Kami lulus..aku pun teruja nihhh..nak praktik apa yang aku praktik di CB dan apa yang kami nak praktik di repeater...

Repeater yang kami selalu guna ini adalah milik persatuan yang meletakkan nama Melayu sebagai asasnya. Ok...repeater Melayu la kut...

Aku pun tak tahu yang ada persatuan nihh..tapi apa yang 9m2dz bagitau ..ada persatuan yang iktiraf kat Malaysia ..Marts..okk..mana aku nak masuk?

Ada kisah aku masuk Astra...nanti akan dikongsi...

Satu hari ..aku dan wan berQSO direpeater..masa tu aku tinggal di kampung (Teroi)...wan di SP..aku dan dia berborak dalam bahasa inggeris..satu soraaa sudah mariiii "sila berkomunikasi dalam bahasa melayu...ini bukan repeater orang putih..ini repeater orang melayu"...tersentak aku....hampir seminggu aku tak sembang dalam repeater..

Aduhhh...kenapa begini? Ini kisah hampir 10 tahun lalu..aku harap kini ia tidak lagi berlaku...

Sekarang kebanyakan 9w2 tak nak ke HF dgn alasan ..tak tahu BI...aku BI SPM fail...mana pandai..hentam kromo jaaa..tapi nak juga cakap..ada pulak yang paku kot belakang..sabar jaa laa...

Itu kisah dulu..sekarang bukakan minda kita...apakah cara QSO di HF..mudah jaaa..dah berlambak rakan2 HAM upload video...jom kita kongsi kat situ...

Bagi rakan yang menegur kami dulu....aku persilakan beliau masuk ke 10m...jomlaaa tegur kami kat sana...kat sana ramai cakap Bahasa Inggeris...10m band Melayu ka?

72...9w2di