Global HF (Ionospheric Map)

Wednesday, December 23, 2009

Letupan kecil CME


Letupan kecil CME ini atau (halo small CME) kelihatan pada hari Selasa 0400 UTC.

Namun ia tidaklah langsung kepada bumi kita. Oleh itu kelmarin 22/12/2009, kita tidaklah mendengar letupan atau popping yang kuat.

Paparan ini dimbil pada Stereo Ahead. Iaitu putaran stereo selanjutnya mengadap permukaan bumi.

QRP Qso. 9w2di and 9w2geo




Good audio from 9w2geo. Same antenna with him (deltaloop monoband single element.




My temporary setup. Very simple and for the first contact on QRP with 9w2geo. Mostly on mobile dxing.

Tuesday, December 22, 2009

Cycle 24 Spot yang panjang


Agak lama diperhatikan dengan kadar spot yang tinggi dan stabil ini. Namun agak kurang best kerana band masih lagi open dan tidak. Mungkin kerana antenna yang rendah. Selalu dapat sms daripada 9w2rzl dengan contact beliau yang agak memberangsangkan.

Kalau di dengar selalu akan membuka di 40 meter. Kadang kala kedengaran stesen dari VK. Mana perginya stesen dari Jepun? Mungkin tidak membuka ke arah sana atau antenna saya disini.

Saya sedang membangunkan patern atau bentuk antenna terbaru. Masih lagi dengan konsep delta loop yang tidak dapat dinafikan kehebatannya.
Cuaca yang cerah sekarang sepatutnya akan memberi signal yang lebih kuat. Namun "yang dirancang hanya Tuhan yang menentukan".
Kadar Flux memang cukup tinggi sekarang nih. Cuma nak tunggu senarai terbaru dari 9w2rzl.

Apa apa pun mari kita berdoa agar ia senantiasa maintain..

73

Sunday, December 20, 2009

Betapa lemahnya HAM (Tiada garis panduan)

1. Yang ingin bekecimpung dalam HAM kena ambik periksa RAE. Lepas RAE? Tiada pemantauan susulan.

2. Lepas RAE, tiada pendedahan lengkap. Hinggakan baca AA pun tak paham. Boleh duduk kat mana, boleh guna untuk kereta ka, AA tu nak tunjuk kat sapa, kalau kena tahan masa memandu nak tunjuk apa..hmmm

3. Sekiranya ada pemancaran selain amatur lebih lebih badan Kerajaan Malaysia, bolehkah mereka mempergunakannya? Kalau boleh, bagaimana cara nak berkomunikasi. Nak guna callsign ka? Mereka? Nak guna callsign apa? Nak kena buat permohonan dulu ka? Kalau kena, bayangkan kalau masa tu tengah berlaku bencana.....kita tiada garis panduan.

4. Pemilikan pemancar (transceiver). Kena ada AP ka? Kena tunjuk ka? Kena buat apa? Sapa tak pernah habaq pun. Tut tut kena tangkap. Kita tiada garis panduan.

Itu kata saya. Kalau anda ada garis panduan silalah maklumkan. Kalau boleh garis panduan siap dengan akta dari pihak berkuasa. Tak mau cakap mulut ke mulut dari orang lain.

Bannyak yang kita kena belek belek. Cadangan umum :

1. Lepas lulus RAE, dapat AA..mintalah MCMC terutamanya lampirkan garis panduan terutama yang saya catatkan diatas. Kalau ada lagi banyak lagi bagus.
2. Di belakang AA cukup umum. Kalau nak kira yang tu termasuk yang kormersial. Kami nih amatur ja.
3. Bagi buku panduan tebal tebal pun tak pa..kami boleh baca.

Kalau ada yang tak kena boleh kami elakkan. Sapa suka buat salah? Sapa suka orang marah?

Jangan mcam layan budak2. Kita tahu gula gula tak baik untuk gigi. Bagi jugak gula2. Lepas tu nak marah marah dia. Kalau nak bagi, bagi ja. Kalau tak boleh...toksah. Jangan mcam main layang layang.

Zaman dah maju. Sapa lulus RAE boleh bagi email. Pun boleh. Kalau nak kira duit setem. Email ja garis panduan.

Nak harap persatuan...hmmm...macam tu laaa..tak dak apa.senarai ahli tahunan pun tak dak. Yang nih tak mau komen lahh...

73

Thursday, December 17, 2009

Susah sangat ka nak main di HF (Khusus kpd 9w2)

Persepsi nagetif ini mula timbul pada awal saya aktif semula dalam Amateur Radio. Anggapan demi anggapan dikeluarkan sehingga ada yang sanggup monitor 9w2 nih hantar berapa watts. Kenapa sampai macam tu?

Majoriti yang saya ketemu mengatakan HF ini susah. (Jangan ambik hati kalau petikan ini pernah anda suarakan kepada saya)

1. Tak pandai bercakap bahasa inggeris
2. Radio mahal
3. Nak buat antenna susah

1. Tak pandai berbahasa Inggeris

Apa yang selalu di Hf borakkan. Memang tak sama seperti di VHF. Jadi anda kena selalu monitor di HF terutama semasa Net atau contest. Mudah saja :
a. Signal report
b. Your name
c. Your location
d. Your setup station
e. Your QSL info (selalunya refer QRZ.COM)

Mudahkan...jadi kalau rasa susah, jadilah swl dahulu. Ini asas utama.

2. Radio mahal

Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Lagi best gempaq kawan2. Radio mahai oooo...Kalau anda bezakan perbelanjaan anda dengan VHF..berapa? Set dan antenna. Set lak (mobile, handy ..fuhh)...

Jadi, kalau dah mencecah 2k...anda sudah hampir dengan set HF. Lebih lebih lagi Quad band yang semua ada dalam tu.
Alasan ini bagi saya tak la kukuh mana sangat. Seperti yang saya kata..tak cuba maka tak cinta.

3. Susah buat antenna

Saya pada mulanya berusaha bersama rakan lain mencari tok guru untuk antenna 10 meter nih. Akhirnya bertemu 2 HAM sekembar. 9m2mz dan 9m2zm. 9m2mz memberi idea pembikinan antenna. Manakala 9m2zm telah menjadi developer untuk tujuan tersebut.

Masih tidak menjadi alasan untuk anda terus terusan mengatakan bertapa susahnya untuk melangkah ke HF.

Kita (9w2) memang macam macam orang kata. Terutama macam kami yang dah agak lama beringus nih yang tak reti reti nak upgrade ke 9m2.

Seperti yang saya katakan, "SIAPA LAGI YANG AKAN BERSAMA ANDA UNTUK MENCERITAKAN KEHEBATAN 10M". Sebelum ini pun mana ada 9m2 cerita kat kita sini.

Bergerak sendiri ja. Perosoh sendiri jaa..lepas tu ada laa yang komen..tu tak kena ..ni tak kena...dah la tak mau tunjuk ajar...bagi komen lakkk.

Dalam posting saya nih nampak ..aih din nih marah sapa. Saya marah kepada diri saya sendiri. Saya tinggalkan Amateur Radio hampir 6 tahun dan saya tak bersama sama anda untuk terus menceritakan peluang kita (9w2) walaupun SECIPUT ja band yang diberi. Kalau dah ciput tu tak pa laa..tapi kalau seciput ini kita boleh naikkan audio keluar negara....haa ..apa lagi....

73

17 Dis 2009 with big flare


Yesterday was not consistent propagation. Anyway i can hear very loud signal from Autralia at 2~3 pm local time.
Then the propagation open on 40 m elear. Mostly for 40 m open at night.

Monitoring on night for 10 m and nothing heard. Maybe today will give us other hope on 10 meter.

Tuesday, December 15, 2009

2 sunspot for hope

This update for new sunspot at 15 Dis 2009. Hopefully this spot can make a change on 10 meter. Yesterday i got loud signal from IZ1LBG station. Our local station 9w2rzl enjoy yesterday DX. Good job to you. Else today maybe i'll running out with my mobile to catch the dx station. Flux today 79 and SSN 14.  What this spot can make a diffrent today? Just for hope. Good DX to all. 73

Monday, December 14, 2009

Mampukah kita (9w2) setaraf 9m2

Persoalan ini timbul kalau dilihat dalam 2 aspek yang berbeza :

1. Kelebihan yang diberikan oleh MCMC
2. Kelebihan dalam pengetahuan dan pengendalian

Kalau kelebihan pertama memang kita tak setaraf. Dlm AA pun dah termaktub.
Apa yang saya ingin membawa anda sekarang adalah kelebihan yang kedua. Mengikut laras terutama dalam HF yang selalu saya tekankan.

Kita dalam 9w2 diberi ruang menggunakan HF di 10m dan 6 meter. Jadi tak hairan kalau kita dapat tingkatkan taraf kita selari dengan 9m2.

Jadi tiada jurang antara 9w2 dan 9m2. Dalam operasi yang sama, dapat berqso dengan negara luar pun sama dan susah nak dapat propagasi pun sama.

Oleh itu seharusnya kita tingkatkan pengetahuan kita terutama dalam "homebrew". Lebih mudah antenna untuk peringkat awal. Jadi tak la malu sangat kalau kita nih nak jumpa "otai" 9m2 nak borak pasal antenna.

Persepsi 9w2 selalunya susah nak pi jumpa 9m2 sebab tak tau nak sembang apa. Oleh itu seharusnya 9m2 atau 9w2 yang lama lama selalu membuka idea baru agar orang baru kita ada idea yang boleh dikongsi.

Kita ibaratkan HAM mcm sekolah dan bukannya universiti. Modul harus sekolah (9m2) sediakan dan murid (9w2) mencari modul tersebut. Kalau nak selari, selarikan dengan AA 9w2. Dan bukannya terus terusan mengajak 9w2 ke CW.

Kurang minat dalam HF kerana kurang pendedahan. Langsung saya katakan 9m2 kurang memberi pendedahan kepada 9w2 berkaitan HF. Jangan tunggu field day jaa..bukan selalu ada pun. Tuan rumah kena laa selalu jemput 9w2 ke rumah untuk operating stesen. Jadi adat tu betullah. Tuan rumah laa kena jemput. Sebab yang jadi hal sekarang nih..bila dah bertandang ke rumah..tak layan best pun..sapa tak marah. Dulu sikit tak pa laa..sekarang dah ramai.

Jadi konsep terbukaan Tok Guru nih harus dimulakan.

Secara dasar kalau 9m2 boleh trigger 100 watts dan stesen sana dapat 5/9....9w2 lagi hebat dengan 50 watts juga 5/9.

Jangan pisahkan jurang anda hanya kerana anda rasa kurang sikit ilmu. Ilmu Allah yang tiada tandingan. Kita di 9w2 harus senantiasa berusaha meningkatkan pengetahuan sejajar dengan kehendak HAM dan bukannay teknologi terkini sekarang. Sebab kalau nak ikut sekarang..YM dah boleh guna tanpa lesen.

Dalam CW...kenapa belajar untuk ambik periksa ja. Teruskan dengan penggunaannya. Mahukah anda menjadi orang pertama yang boleh cw laju laju dengan negara luar sedangkan anda hanya 9w2? Tepuk dada tanyalah minat.

Teruskan orientasi kita nih. Kita di 9w2 nih jangan bagi orang pandang lekeh. Depa kata dok gayut di 2m ja...kita boleh dan kita pasti akan buktikan.

73

Sunday, December 13, 2009

5 watts QRP mobile to Australia



Rekod peribadi dibaiki hari ini. Berjaya contact ke Australia dengan 5 watts mobile.

My lovely call 9w2di

Sayangnya daku pada callsign ini walaupun pada ketika dulu macam dah tak leh ambik balik. Tapi berkat doa dan desakan rakan2 (9w2eb dan 9w2pkk) akhirnya aku berjaya dapat semula. Walaupun ada kata kata belakang yang pada masa tu suruh aku bukak baju vest 9w2di sedangkan aku pakai masa tu 9w2trx.

Semasa QSO dgn satu stesen from Japan, what he said "welcome old man". Aku sedar yang 9w2di adalah call yang lama bagi mereka. Bagiku, callsign ini cukup unik kerana denganya aku kenal HAM (dulu CB). Dengan call ini juga aku dapat ramai kawan susah senang bersama.

Mungkinkah kerana call ini aku tidak upgrade ke 9m2? Kemungkinan besar....aku sayang dengan call ini. Cukup cukup sayang....

Akan kujadikan 9w2di ini setanding dengan 9m2...bagaimana..doakan saja....

Biar apapun kata teman....asalkan 9w2di tetap dengan operatornya Sharudin Bin Senapi....

Dx must go on.......qrp for the best....10 meter was my home dxing....

73

Tuesday, December 1, 2009

No J2A for 9w2? Pelikkan.....

Apa itu J2A

Single-sideband, suppressed carrier, a single channel containing quantized or digital information, with the use of a modulating sub-carrier.

MORSE TELEGRAPHY

Hmmm...katanya nak suruh orang minat dgn cw. Cuma yang dibenarkan

F2A (MORSE TELEGRAPHY)



Frequency modulation, a single channel containing quantized or digital information, with the use of a modulating sub-carrier.

Pelikkan..namun masih ramai dan boleh dikatakan majoriti tidak menggunakannya...

Jadi..dengan classes of emission yang agak terhad ini, maka agak kuranglah pendedahan berkaitan CW. Timbul lak masalah sending problem...inilah masalahnya...macam nak suruh orang bawa kereta..tapi bagi lesen motor jaaa...

Kalau boleh pertimbangkanlah..agar 9w2 nih leh praktik dan kalau boleh depa ni pun nak champion jugak sending laju laju nihh..nak juga bangga diri..nak juga hadiah..

73