Global HF (Ionospheric Map)


Monday, December 14, 2009

Mampukah kita (9w2) setaraf 9m2

Persoalan ini timbul kalau dilihat dalam 2 aspek yang berbeza :

1. Kelebihan yang diberikan oleh MCMC
2. Kelebihan dalam pengetahuan dan pengendalian

Kalau kelebihan pertama memang kita tak setaraf. Dlm AA pun dah termaktub.
Apa yang saya ingin membawa anda sekarang adalah kelebihan yang kedua. Mengikut laras terutama dalam HF yang selalu saya tekankan.

Kita dalam 9w2 diberi ruang menggunakan HF di 10m dan 6 meter. Jadi tak hairan kalau kita dapat tingkatkan taraf kita selari dengan 9m2.

Jadi tiada jurang antara 9w2 dan 9m2. Dalam operasi yang sama, dapat berqso dengan negara luar pun sama dan susah nak dapat propagasi pun sama.

Oleh itu seharusnya kita tingkatkan pengetahuan kita terutama dalam "homebrew". Lebih mudah antenna untuk peringkat awal. Jadi tak la malu sangat kalau kita nih nak jumpa "otai" 9m2 nak borak pasal antenna.

Persepsi 9w2 selalunya susah nak pi jumpa 9m2 sebab tak tau nak sembang apa. Oleh itu seharusnya 9m2 atau 9w2 yang lama lama selalu membuka idea baru agar orang baru kita ada idea yang boleh dikongsi.

Kita ibaratkan HAM mcm sekolah dan bukannya universiti. Modul harus sekolah (9m2) sediakan dan murid (9w2) mencari modul tersebut. Kalau nak selari, selarikan dengan AA 9w2. Dan bukannya terus terusan mengajak 9w2 ke CW.

Kurang minat dalam HF kerana kurang pendedahan. Langsung saya katakan 9m2 kurang memberi pendedahan kepada 9w2 berkaitan HF. Jangan tunggu field day jaa..bukan selalu ada pun. Tuan rumah kena laa selalu jemput 9w2 ke rumah untuk operating stesen. Jadi adat tu betullah. Tuan rumah laa kena jemput. Sebab yang jadi hal sekarang nih..bila dah bertandang ke rumah..tak layan best pun..sapa tak marah. Dulu sikit tak pa laa..sekarang dah ramai.

Jadi konsep terbukaan Tok Guru nih harus dimulakan.

Secara dasar kalau 9m2 boleh trigger 100 watts dan stesen sana dapat 5/9....9w2 lagi hebat dengan 50 watts juga 5/9.

Jangan pisahkan jurang anda hanya kerana anda rasa kurang sikit ilmu. Ilmu Allah yang tiada tandingan. Kita di 9w2 harus senantiasa berusaha meningkatkan pengetahuan sejajar dengan kehendak HAM dan bukannay teknologi terkini sekarang. Sebab kalau nak ikut sekarang..YM dah boleh guna tanpa lesen.

Dalam CW...kenapa belajar untuk ambik periksa ja. Teruskan dengan penggunaannya. Mahukah anda menjadi orang pertama yang boleh cw laju laju dengan negara luar sedangkan anda hanya 9w2? Tepuk dada tanyalah minat.

Teruskan orientasi kita nih. Kita di 9w2 nih jangan bagi orang pandang lekeh. Depa kata dok gayut di 2m ja...kita boleh dan kita pasti akan buktikan.

73

No comments: