Global HF (Ionospheric Map)


Sunday, December 20, 2009

Betapa lemahnya HAM (Tiada garis panduan)

1. Yang ingin bekecimpung dalam HAM kena ambik periksa RAE. Lepas RAE? Tiada pemantauan susulan.

2. Lepas RAE, tiada pendedahan lengkap. Hinggakan baca AA pun tak paham. Boleh duduk kat mana, boleh guna untuk kereta ka, AA tu nak tunjuk kat sapa, kalau kena tahan masa memandu nak tunjuk apa..hmmm

3. Sekiranya ada pemancaran selain amatur lebih lebih badan Kerajaan Malaysia, bolehkah mereka mempergunakannya? Kalau boleh, bagaimana cara nak berkomunikasi. Nak guna callsign ka? Mereka? Nak guna callsign apa? Nak kena buat permohonan dulu ka? Kalau kena, bayangkan kalau masa tu tengah berlaku bencana.....kita tiada garis panduan.

4. Pemilikan pemancar (transceiver). Kena ada AP ka? Kena tunjuk ka? Kena buat apa? Sapa tak pernah habaq pun. Tut tut kena tangkap. Kita tiada garis panduan.

Itu kata saya. Kalau anda ada garis panduan silalah maklumkan. Kalau boleh garis panduan siap dengan akta dari pihak berkuasa. Tak mau cakap mulut ke mulut dari orang lain.

Bannyak yang kita kena belek belek. Cadangan umum :

1. Lepas lulus RAE, dapat AA..mintalah MCMC terutamanya lampirkan garis panduan terutama yang saya catatkan diatas. Kalau ada lagi banyak lagi bagus.
2. Di belakang AA cukup umum. Kalau nak kira yang tu termasuk yang kormersial. Kami nih amatur ja.
3. Bagi buku panduan tebal tebal pun tak pa..kami boleh baca.

Kalau ada yang tak kena boleh kami elakkan. Sapa suka buat salah? Sapa suka orang marah?

Jangan mcam layan budak2. Kita tahu gula gula tak baik untuk gigi. Bagi jugak gula2. Lepas tu nak marah marah dia. Kalau nak bagi, bagi ja. Kalau tak boleh...toksah. Jangan mcam main layang layang.

Zaman dah maju. Sapa lulus RAE boleh bagi email. Pun boleh. Kalau nak kira duit setem. Email ja garis panduan.

Nak harap persatuan...hmmm...macam tu laaa..tak dak apa.senarai ahli tahunan pun tak dak. Yang nih tak mau komen lahh...

73

No comments: