Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, April 15, 2008

Kawan ku ..susah senang masih bersama..masih haru biru bila kami bertemu















Sapa tak kenal SONE...peramah..gila2 ..hmm macam macam lagi laaa...

Ini eyeball aku yang ke2 dengan beliau setelah hampir 5 tahun kami tak ketemu.

Benar aku katakan disini, nak nangis aku dibuatnya kerana pada AGM Astra tersebut beliau masih memakai baju pemberianku (baju warna biru tu) 9 tahun yang lalu.

Baju tu aku beli masa mula2 aku menjadi guru pada tahun 1994.
Aku tanya dia..pasai apa hang pakai lagi. Dengan nada yang berseloroh ..dia kata...aku tau hang (aku) akan mai pada AGM nie....ishhh..sone..yang buat aku terharu gila...

Kami pernah susah dan kami pernah senang bersama. Kerja korek kubur kami pernah buat. Kena ligan anjing kami pernah kena. Termakan di kedai sampai sakit perut pernah. Makan nasik tak cukup duit..sama sama kolet pun pernah (bawak keluaq duit syiling)

Masa aku susah..kawan2 lain tak mau kawan ngan aku..tapi dia nie sorang.....

Aku doakan agar hang dapat apa yang hang hajati..sone. Aku tau hang ada rahsia yang seidikit masa nanti akan menggegarkan dunia amatur kita...heheeh...keep the secret...

Anywayyy..inilah sabahat yang bernama SONE....

1 comment:

Jurukaka said...

Dua dua tak berubah wajah kecuali..... dah tembam. Ekonomi makin baik mungkin hahaha..