Global HF (Ionospheric Map)


Tuesday, April 15, 2008

Bila ku kembali lagi...


Alhamdulillah,

Dengan keberkatan dan keizinanNya untuk aku terus sihat, lapang dan ada sedikit rezeki, dapatlah kembali kepada dunia radio amatur nie.

Berkat juga sokong kawan2 yang laman 9w2ed, arwah 9w2eb, 9w2zx dan 9w2ko..kini kembali lagi dengan tekad nak menyambung hobi yang tak pernah kenal sempadan nie.

Juga dengan azam "kalau nak main, main sungguh2..heheh..dapatlah aku dengan keizinanNya membeli beberapa peralatan yang perlu untuk menyambung hobi sebagai penggemar radio amatur.

Namun bila saja ku kembali, ada 2 benda dah berubah

1. Boleh guna 10 dan 6 meter
2. Propagasi 11 dan 10 meter yang dah turun gila2 punya. Berbeza pada tahun 1999.

Hmm..apa nak buat..bila dah mai gila main radio depa kata..aku teruskan jua. Kini dengan berkat nasihat dan kekuatan terutama sahabat karibku arwah 9w2eb supaya aku meneruskan perjuangan ini, inilah hasilnya.

Coretan blog ini akan aku mulakan dengan beberapa siri kisah yang telah berlaku selama 6 tahun aku meninggalkan radio amatur dan kisah yang berlaku sekarang atau kehadapan.

Setakat ini dulu..nanti kita coret moret lagi

73

No comments: