Salam sejahtera,
Sekitar awal penglibatan dengan 2 meter, banyak rakan rakan yang datangnya dari CB sejak dulu langsung diam. Apabila ditanya, mereka agak kurang senang dengan teguran terutama langsung diudara.
Adakah mereka sukar menerima teguran? Atau degil?
Bagi saya hati budi manusia itu sapa yang tahu. Kumpulan ini sudah terbiasa dengan SOP semasa di CB dan terbawa bawa ke amateur radio.
Jadi jelaslah ada sedikit kesalahan dalam pengendalian itu. Saya pun termasuk diantaranya.
Oleh yang demikian pada masa itu banyak cakap cakap tentang SOP ni. Banyak komen dan banyak sungguh penguatkuasa. Ada yang kerjanya rakam dan maklumkan kesalahan SOP tu. Udah jadi Polis tak dak balai.
Saya sudah agak lama tidak ke 2 meter dan rasanya sekarang HAM di 2 meter lebih baik SOP nya berbanding kami dahulu.
Saya berharap, tidak ada lagi sebarang komen dan teguran terbuka ini. Kerana ini akan mengundang masalah dalam silaturahim kelak. Sebagai insan setiap orang punyai perasaan. Jadi kalau kita ingin menjaganya, ikutilah cara Nabi kita dalam memberi teguran.
73 de 9w2di
No comments:
Post a Comment