Global HF (Ionospheric Map)


Friday, June 17, 2016

Apabila kita salah SOP dalam Qso?

Salam sejahtera,

Sekitar awal penglibatan dengan  2 meter, banyak rakan rakan yang datangnya dari CB sejak dulu langsung diam. Apabila ditanya, mereka agak kurang senang dengan teguran terutama langsung diudara.

Adakah mereka sukar menerima teguran? Atau degil?

Bagi saya hati budi manusia itu sapa yang tahu. Kumpulan ini sudah terbiasa dengan SOP semasa di CB dan terbawa bawa ke amateur radio.

Jadi jelaslah ada sedikit kesalahan dalam pengendalian itu. Saya pun termasuk diantaranya.

Oleh yang demikian pada masa itu banyak cakap cakap tentang SOP ni. Banyak komen dan banyak sungguh penguatkuasa. Ada yang kerjanya rakam dan maklumkan kesalahan SOP tu. Udah jadi Polis tak dak balai.

Saya sudah agak lama tidak ke 2 meter dan rasanya sekarang HAM di 2 meter lebih baik SOP nya berbanding kami dahulu.

Saya berharap, tidak ada lagi sebarang komen dan teguran terbuka ini. Kerana ini akan mengundang masalah dalam silaturahim kelak. Sebagai insan setiap orang punyai perasaan. Jadi kalau kita ingin menjaganya, ikutilah cara Nabi kita dalam memberi teguran.

73 de 9w2di

Monday, June 13, 2016

9w2rzl, 10 meter dan kisah 9w ke 40 meter

Salam,

Memang agak lama saya tidak membuat sebarang posting disini. Tergerak untuk membuatnya memandangkan semalam kami peminat HAM telah kehilangan permata yang bernilai 9m2rdx (ex-9w2rzl)

Kembali mengimbau kenangan di 2008. Apabila saya kembali ke arena HAM dan terus beroperasi di 10 meter. Beliaulah peneman dan penyokong saya ketika itu.

Tahun itu tiada whatsapp maupun FB. Jadi perhubungan kami selain Radio adalah SMS dan telefon. Jadi faham la, bil pun berlambak la masa tu.

Apa yang kami perjuangkan akhirnya terbukti pada bulan Okt 2015. Lesen kelas B boleh beroperasi di 40 meter. Itulah harapan kami.

Beliau tempat saya meluah perasaan apabila ada segelintir rakan HAM tidak setuju dengan pemberian 40 meter kepada 9w.

Namun beliau tetap tenang dalam memberi nasihat kepada saya. Apabila beliau naik taraf ke 9m, saya ada sikit terkilan. Beliau memaklumkan bahawa jangan risau, beliau akan tetap menyokong 9w atau lesen kelas B.

Ternyata ia bukanlah satu omongan. Rizal telah membuktikannya apabila sering membuat DXing program dan program program yang lain berkaitan HAM.

Saya merasa sungguh gembira dan pada masa itu saya tinggalkan sebentar HAM dan memberi fokus kepada hobi RC.

Di 10 meter, segala signal yang kuat akan sentiasa dimaklumkan oleh beliau. Tidak jemu jemu. Saya sebagai pemaklum di kawasan utara turu bekerja sama dengan beliau bagi memeriahkan 10 meter.

Ia memang sukar untuk digambarkan.

Bulan 5 2016 saya kembali ke didunia HAM dan ternyata ini satu perkhabaran gembira buat beliau. Langsung beliau msg kepada saya.

Untuk meraikannnya saya volunteer pada 3 Jun 2016 sebagai NCS 40 Meter Net. Beliau menyambut dengan nada yang gembira.

Rizal, itulah hadiah terakhir dari saya untuk anda. Hadiah kegembiraan untuk anda kerana saya tahu anda cukup gembira bila saya keudara semula.

Jadi untuk itu dengan lafaz Alfatihah, moga Rizal aman disana. Kami semua akan menyusul nanti. Kenangan kita didunia ini tetap kekal dalam ingatan.

Moga apa yang kita pernah lakukan selama ini terutama dalam memperjuangkan apa yang perlu untuk HAM, menjadi satu pemangkin bagi jenerasi yang akan datang.

Alhamdulillah, sudah ramai berkecimpung di HF. Seperti yang pernah kita katakan dulu, tanpa HF minat ini akan menjadi lebih pendek.

73 de 9w2di