Global HF (Ionospheric Map)


Sunday, October 9, 2011

Kongsi gembira bersama

D07DU qsl card
Siapa kenal 9w2sbl? Kalau tak silap aku beliau baru ja dapat lesen.

Aku kenali dia sewaktu dia belum ada lesen. Tapi aku heran, dia selalu sms aku tanya pasal hf.

Macam mana orang yang belum ada lesen dah berminat sangat dalam HF.

Rupanya beliau mengikuti blog aku nih. Mungkin terpaut dengan QRP nih beliau berusaha dalam RAE dan akhirnya berjaya.





Beliau bermula dengan mengikuti beberapa siri JOTA yang berlangsung dan banyak pengalaman yang beliau timba dari sana. Aku melihat beliau pada masa itu selalu "usung" radio vhf. Tapi sapa sangka, usung vhf tapi jiwa HF.

Mungkin rezekinya, ada orang nak jual FT817nd. Aku dgr beliau terus ke Ipoh untuk mendapatkan radio itu. Memang gila radio namanya. Hehhehe....

Akhirnya hari ini, aku terima sms dari beliau mengatakan ada QSL card dari D07D. Aku tumpang gembira. Pelopor SSB ini tak jemu walaupun sedikit tapi berbaloi. Untuk menempuh propagasi yang tidak menentu ini, 9w2sbl masih bertahan dan terus meningkat. Kerja biasa ja, bukan cikgu bukan lawyer. Tak pandai CW tapi ada mulut boleh SSB. Dpt juga qsl card........macam orang lain.

Tahniah own 9w2sbl



72 de..9w2di

Saturday, October 8, 2011

7 bolong bolong dalam kenangan

Salam,


Kalau disebut ja 7 bolong bolong sekarang nih, saya akan tersenyum sendirian. Saya akan terkenang wajah wajah yang selalu bercerita dan berkongsi pengalaman mereka di 7 bolong bolong.

Kisah zaman "melanun" ini bukan satu kisah biasa. Ia kisah sahabat dan perjuangan rakan2 yang mempunyai keupayaan fasiliti tapi kurang dari aspek untuk mengambil lesen A yang hebat dicakerawala ini, kata seorang rakan berseloroh.

Kumpulan ini boleh dikatakan suatu ketika dulu aktif dengan mencari radio terpakai di kedai "botol". Dapat 3 biji..punggah punggah boleh laa dpt satu biji. Balik..terus buat antenna dipole ..terus sembang di 7 bolong bolong.

Memang nampak aktiviti ini melanggar undang undang. Kerana 7 mhz~7.2mhz diperuntukkan untuk Amateur.

Namun apa yang ingin saya perkatakan...sejauh mana pelopor di 7 bolong bolong ini mengganggu keselamatan negara? Kalau dah minat...bagi saja..kan senang.

Selama 12 tahun dulu, apa yang saya perhatikan, minat mendalam golongan ini tak pernah pudar. Cara dan kaedah pembangunan station dan antenna kadang tu lebih baik dari golongan Amateur Radio.

Apa kan daya..orang kampung..orang ulu..orang kolot...tak pandai berbahasa inggeris dan tak tahu CW. Tapi ada minat..ada kesungguhan....


Arwah Zuri (Sone). Salah seorang pelopor 7 bolong bolong

Terkenang wajah sahabat karib aku, sone. Arwah seorang yang bersungguh sungguh dalam HF terutama 7 bolong bolong.

Selepas kematian beliau, aku terdengar radio yang miliknya kini tidak diberikan kepada sesiapa. Arwah meninggalkan amanat agar disimpan dan biar anak2 beliau tahu apa hobi ayah mereka dahulu.

Tersentuh kan? Seorang yang tak pandai dan taraf orang yang biasa saja, namun minat dan azamnya amat boleh diberangsankan.
Perkembangan HAM di Malaysia terutama HF sekarang amat memberangsangkan. Pelopor di 10 meter pun dah meningkat. Tapi ini untuk yang masih ketagihkan DXCC. Bagi saya, walaupun tak la sampai 30 tahun main radio ini, rasanya dah cukup untuk menguji setiap keupayaan amateur radio. Saya dah cuba pelbagai dan cara untuk berkomunikasi dan kepuasan telah saya perolehi terutama di QRP.

Tibalah masanya untuk saya berkongsi bersama rakan2 HAM. Dimana? Di blog ja kot. Kalau ada band macam 7 mhz ka..syok gak kalau leh berkongsi. Angan angan.....

Kepada arwah 9w2eb, 9w2klm, 9w2ax dan 9w2xop...anda semua di hati saya. mungkin satu hari nanti terbuka MCMC untuk memberi 7 mhz kepada 9w.....biarlah niat anda yang tak kesampaian ini disampaikan oleh pemegang 9w yang lain...

72..de 9w2di

Sunday, August 14, 2011

9M4CHF

[starttext]

 Salam bulan ramadhan.

Lama tak berkarya..hehe..agak sibuk dengan kerja dan hobi baru yang bagi saya amat enjoy. Tak ada dengki mendengki, race...kita lihat sapa yang laju. Yang lambat kena tinggai.

Terpanggil untuk aktif semula dalam HF apabila 9m4chf telah diperkenankan oleh MCMC untuk keudara.

Terima kasih atas usaha yang berterusan rakan2 9w terutama dan Pak Long selaku penyokong untuk menambah dan menarik minat yang lebih kepada perkembangan HF ini.

Aktiviti awal berlangsung kelmarin di Pokok Sena. Memang best lokasinya. Band pun open jap lepas buka posa.

Mungkin dengan adanya callsign ini rasanya rakan 9w akan boleh bergerak jauh untuk aktiviti luaran seperti SOTA, IOTA dan Dxing yang lain. Inilah harapan saya dan rakan seperjuangan HF yang terdahulu.

Dahulu akibat terlalu sibuk dengan Repeater dan Persatuan, kami alpa. Terus tinggalkan HF yang sebenarnya mempunya nilai yang tersendiri. Namun apakan daya, batasan band yang terhad telah menghalang kami untuk lebih jauh lagi.

Tiada yang mahu untuk majukan lagi HF. Pada masa itu kajian untuk bangunkan repeater VHF bagaikan cendawan tumbuh lepas hujan.

Cenderung 9m4chf bersama rakan 9w sekali lagi akan membuka mata kepada rakan yang baru nak berjinak dengan Amateur Radio. Andaian penglibatan HAM semata mata cakap kosong diudara akan kita lupuskan.

Bulan baik ini juga ada berlaku perkara yang kurang senang bagi saya dan rakan apabila komen nak menjahanam 9m4chf turut berkumandang. Namun apa boleh buat. Sikap kalau tak nak ubah...biarlah bawa sampai mati.

Ketemu kita dilain lembaran bersama 9m4chf. Selamat berpuasa dan maaf zahir batin. Insyaallah, saya akan kembali lagi berkarya dalam episod QRP bersama 9m4chf.

72..de 9w2di
[endtext]