Global HF (Ionospheric Map)


Wednesday, July 28, 2010

Delta loop RM250? RM60? RM6?

Delta loop. Menjadi sebutan 9w2 di 10m sejak ia mula memuncak sekitar tahun 2008. Berkat tunjuk ajar 9m2mz saya, 9w2doz dan 9w2mzh telah bertandang ke rumah beliau untuk mencuba membuat balun 4:1. Kenapa 4:1. Untuk lebih mudah ia untuk memadankan antara loop dan coax 50ohm yang kita gunakan. 9m2mz telah memberi satu kuasa sakti..hehehe..software kepada saya untuk diguna pakai sebagai pengiraan untuk tune di 10m.

Akhirnya saya berjaya membuat balun dan dengan modal RM6 saya dah dapat antenna ini. Saya telah memasangnya dan akhirnya keputusan terbaik saya telah mendapat station dari Israel 4x5x. Hmm..macam nak nangis pun ada. Tiap tiap hari saya melangut kepala kearah pokok kelapa belakang rumah mentua. Melihat antenna RM6 itu.

Namun ia tidak bertahan lama. Akibat RG8 yang berat tu..juga akibat pukulan ribut...balun jatuh beberapa kali. Maklumlaa..homebrew katakan. Saya meminta seorang rakan lama untuk membuat balun yang kukuh. Wahhh..kali ini...tapi suruh suruh juga..barang kena beli...hmm RM60..masih murah....

Antenna tersebut dengan balun yang baru saya gunakan hingga kini. Saya dpt berita delta loop dijual hingga RM250. Mungkin barang digunakan mahal. Namun ia masih tetap deltaloop.

Anda mahu yang mana satu? Saya dah cuba ke 2nya tapi tak sanggup nak beli yang ke 3 sebab masih elok lagi delta loop saya nig. Power? Saya pernah cuba dengan 50watts...ok.....dan paling rendah 2.5watts...ok jugak.

Dalam artikel yang lalu, saya ada masukkan cara untuk membuat delta loop. Cubalah..atau belilah kalau rasa mudah....Apa yang penting....duit kita dan kepuasan kita..kalau habis beratus pun signal sama dengan yang beringgit....hmmm....mau sakit jiwa....

Berapa paling tinggi delta loop ini dapat tampung? Saya dah baca dan saya dah cuba..250watts..no problem....

72..de 9w2di

Tuesday, July 27, 2010

Kadang tu meluat gila ngan HAM nih.

Salam.

Selama aku berhenti RX dan TX untuk tempoh 6 tahun yang lalu. Aku rasa cukup tenang jiwa aku. Biarpun pada masa itu kerenah pelanggan broadband nih macam macam yang timbul Tapi itu kerja. Kerja dapat duit. Hobi pulak perabih duit.

Kemudin XYL tercinta aku melihat aku siang malam kerja sampai nak londeh seluaq nih..dia suruh aku renew balik AA. Hmm..katanya ..dah ramai rakan baik aku kembali ke Rahmatullah. Jadi masa ini laa aku kena kenang balik jasa rakan HAM nih.

Apabila aku renew...seperti biasa target aku nak "pukul" kaw kaw 10m. Itu target aku. Rupanya..ramai yang ikut. Pada 2008 sahaja hampir 20 station dalam 10m.

Bagi aku, ini satu pencapaian yang positif. Aku tak minta di puji. Tapi cukup bangga kalau ramai 9w2 tak mula terjebak dengan 10m.

Akan tetapi..muncul bait bait sumbang, kata kata nak kasi jatuh dan macam macam lagi nak perjahanam antara minat HAM ini iaitu berkecimpung di 10m.

Tahun 2009 telah memberi satu tamparan hebat kepada aku. Aku hampir nak "pencen" balik. Tapi apa yang telah aku mula akan aku teruskan. Bagiku..kalau bangsa kafir yang dok nak perjatuh tak pa laa jugak..kita tahu dahh..ini ..bangsa Melayu..agama Islam..dimana silapnya?

Mungkin anda kurang senang dengan artikel saya sejak dua menjak nih....ayat agak kasar...saya nyatakan apa yang tersirat dalam hati..apabila saya sedih beberapa artikel nak perjatuhkan semangat terutama 9w2 di 10m dan 6m.

Anda boleh mencari beberapa artikel berkaitan ini :

1. 10m adalah band sampah
2. 10m ibarat CB
3. Tak tahu CW ibarat CB (turut disokong oleh beberapa pak sanggup)
4. Mansuhkan RAE kerana 9w2 dah tak minat cw...sebab dah boleh enjoy di 10m
5. 9w2 adalah golongan pemalas...tunggu nganga mulut untuk kena suap
6. MCMC nak beri 40m....mansuhkan CW...9w2 akan rosakkan 40m
7. 9m2.. tak nak sembang ngan 9w2 dalam phone kecuali cw di HF
8. QRP hanya untuk CW
9. Beli 817 membazir..9w2 tak boleh guna..buang duit..ikut dia..beli radio pekak


Anda boleh mendapatkan semua fakta ini dengan melayari beberapa blog dan artikel terbitan orang yang dia sorang ja boleh main radio.

Nasib baik sekarang ada rakan HAM Alor Setar dah mula tanam minat dengan HF. Saya boleh syok sorang sorang main radio..buat apa nak kongsi...tapi..saya sedih kalau 9w2 tak boleh naik setaraf 9m2..kita akan kearah itu..jika tidak...kita akan diketuk kepala sentiasa..percayalah....

Jangan seperti kacang lupakan kulit. Anda pernah menjadi 9w2 ketika dulu..tak pun anda pun kena gak ambik RAE....anda diatas..tak mungkin akan jatuh kebawah. EGO anda tak kemana....

Kepada semua rakan terutama 9w2....saya bersama rakan..sambil sambil..akan membuat beberapa penerokaan lagi. Kalau nak kongsi..jom..kalau nak kondem...anda simpan sat.

72..de 9w2di

Monday, July 26, 2010

SDR pula peneman arena HAM

Pagi ini aku datang opis dan tak sempat nak round table bersama rakan rakan QRP Alor Setar. Perut sakit lak dah..

Tiba2 dikejutkan dengan pak posmen nih. "Ada barang dari Jepun"..pergh..heheh

Cepat gila nih..terus jaa aku call 9w2usf..teman merap..hahaha...

Nak tanya SMA Connector. Akhirnya selepas download apa lebih kurang, aku terus ke salt mine 9w2usf.
Inilah RND seterusnya bagiku. Nak homebrew..aku pun pening nengok skematik dia....try punya try..cuba punya cubanya akhirnya boleh laa sikit sikit main benda alah nih.

Interface sebesar kotak rokok ini memberi satu gambaran cukup best terutama dalam RX bagi HF....ada orang kata.."kalau tak mampu nak main QRP..jangan monyet"....pendapat ayaq asam kuah cabai. Nak perjatuh bangsa la tu...tak dak kerja lain...kerja nak jahanam orang..diri sendiri..tahap tu jaa...dah dah..tak baik mengata orang.

Sebagai inspirasi kawan2...saya hidangkan sedikit video SDR nih...kalau nak lebih....nanti kita jumpa semasa JOTA dan sebagainya





Selamat ber SDR (software define radio). Buat semua 9w2...kentalkan diri anda..pedulikan apa orang kata...

72..de 9w2di