Global HF (Ionospheric Map)

Friday, September 28, 2012

Makin lama makin segan

Salam,

Umur dah nak masuk 40 tahun. Mai umur nih dah nampak segan mai dah. Terutama nak experiment dan apa2 yang berkaitan. Kelemahan? Masa awal2 setup dulu tak pikiaq.

Saya mula pindah dirumah baru ni tahun 2009. Buat antenna atas bumbung dan tak buat tower pun. Akibatnya selepas antenna kena kilat pada awal 2011, saya tak naik perbaik pun.

Satu hari cuba naik tapi kepala dah rasa pening. Haa kan....dulu masa setup ni tak pikir masalah nih.

So baru terpikir nak naikkan tower setelah pertimbangan ngan XYL kalau rumah nak renovate nanti kot2 ganggu ngan tower.

Ada tower mudah. Nak naik turun pasang tak kacau. Tak susah macam naik bumbung.

Jadi ingatlah. Kepada yang baru naik setup, elok buat siap siap tower. Kalau bumbung pun, buat siap2 tangga yang mudah untuk naik. Bila dah jadi macam saya nih, penyegan dah nak naik. Nak kena minta tolong tenaga muda. Adik2 la.

Owh ya..dah nak masuk 2 tahun antenna putus 2 nih saya pakai, semalam dapat gak Italy...



Insyaallah akan dibaiki dalam masa terdekat. Kalau ada rezeki nak naik satu tower.